alkisah bermula sebuah hikayat...hikayat bukan sebarang hikayat.bukan juga hikayat merong mahawangsa...tetapi ia hikayat OPKIM 2011.kisah suka duka sepanjang operasi Khidmat masyarakat~
bertarikh 25 hingga 27 mAc di sebuah perkampungan kecil yang bernama kampung Kuala Kechau,Kuala Lipis,Pahang DM,terciptalah satu hubungan antara pelajar UM,lebih spesifik pelajar kolej Tunku Kurshiah (3rd college) dengan penduduk kampung k.Kechau.
sebuah program telah dilaksanakan dgn jayanya.program 3 hari 2 malam itu sgt berkesan dan bermakana dalam hati semua yg terlibat.
antara aktiviti yang dijalankan di sepanjang program ini termasuklah:
sesi menoreh getah. aktiviti ini telah dijalankan di sebuah ladang getah dan demo toreh-menoreh dilakukan oleh penduduk kampung.peserta juga boleh mencuba untuk menoreh getah...
~peserta belajar menoreh dgn Pn Noli~
seterusnya adalah aktiviti sukaneka.terdapat 5 jenis acara yang dipertandingkan.semua peserta terlibat dan dibahagikan kepada 4 kumpulan.antara yang dipertandingkan adalah : perah air dalam botol guna span,baling bola tenis masuk kotak,main tingting smbil gigit pen,pindahkan getah guna straw dan dribble bola pakai kain pelikat.dalam acara ini kumpulan 2 telah memenanginye. akhir sekali perlawanan ayam (chicken fight) telah dijalankan.
~kami bukan ayam~
~hanim berusaha memindahkan straw~
petang itu aktiviti diteruskan lagi dgn aktiviti sukan rakyat.perlawanan bola sepak antara penduduk kampung dgn pelajar UM diadakan.selain itu acara tarik tali pon ada...malangnya ada peristiwa yang malang terjadi,dimana ade kecederaan serius telah mnimpa seorang peserta semasa tarik tali wanita dijalankan.takziah lia~~hanim berusaha memindahkan straw~
aktiviti seterusnya adalah memasak dan gotong royong.proses penyediaan ayam dijalankan pada waktu tengahari.ayam akan digunakan untuk dibakar BBQ...gotong royong gua x join.ngulor la katakan.hehehehe.
~semangat gila yang baju merah tu??kan?sebab tu menang!~
~nmpak x keseronokan menjadi juara tarik tali???~
~nmpak x keseronokan menjadi juara tarik tali???~
bila malam bulan mengambang...aktiviti diteruskan dengan makan BBQ.sedap wa cakap lu..mthank mak suzila ngn ibu sebab goreng bihun yang enak!!malam ni jugak org kampung dan peserta berpeluang menayangkan bakat nyanyian karaoke.tp sayang.xde gmbr lagi~klu ada,gua update...
pagi2 keesokan harinya...aktiviti senamrobik dilakukan.wahhh..best jugak bersenam sambil menari poco-poco.ok fine!gua lemah bab2 poco2 ni..nti gua belajar lg.
pagi2 keesokan harinya...aktiviti senamrobik dilakukan.wahhh..best jugak bersenam sambil menari poco-poco.ok fine!gua lemah bab2 poco2 ni..nti gua belajar lg.
~huhu...gaya seorang penari poco-poco~
aktiviti diteruskan lagi dngn aktiviti explorace.mak aii..memang mencabar fizikal dan mental la explorace ni..taubat la gua tanak minum air masin tu lagi.huhu..nk mampos punya masin!!!wpon kami kalah,tapi kami tetap bergaya~
~berlari dengan penuh gaya.malangnya,telur pecah~huhuhu....~
haaa..yang terakhir adalah kenduri.kenduri ni disponsor oleh pak cu Meli.orang kaya Kampung K.Kechau.sambil masak2 lauk,sambil karaoke.hahaha..gua gila mikrofon..lagu paling popular adalah cucak rowo~
haaa..yang terakhir adalah kenduri.kenduri ni disponsor oleh pak cu Meli.orang kaya Kampung K.Kechau.sambil masak2 lauk,sambil karaoke.hahaha..gua gila mikrofon..lagu paling popular adalah cucak rowo~
~tengok gaya seorang tukang masak terhandal di dunia.hahaha~
maka...berakhirlah program yang sangat best ini..huhu..sessi terakhir adalah bersalam-salaman dan berfoto-fotoan.huhu...