~nuff ads...klik la disini ye~

Sunday 11 March 2012

review novel: usai...aku terima nikahnya


sekali namamu kulafazkan,
hati tidak pernah terdetik untuk menyebut yang lain...

sebelum buat review ni, nk puji publisher karya seni yang mengeluarkan banyak novel-novel yang berkualiti dan best!!!

Sinopsis novel.

Seorang gadis berusia 19 tahun yang seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. nasib gadis ni berubah sekelip mata bila dia dijadikan seolah-olah barang dagangan yang membawa keuntungan kepada sesiapa yang memiliki. Puteri Nur Aina merupakan cucu kepada seorang hartawan yang memiliki harta yang banyak. Namun atas ketamakan, semua ahli keluarga menerima Puteri hanya kerana harta. dia dikahwinkan dengan sepupu sendiri iaitu Iskandar, kerana mereka juga tamakkan harta. Perkahwinan tanpa dasar cinta itu akhirnya membibitkan cinta juga apabila hati mereka telah terpaut. tidak lama bahagia mereka kecapi kerana cinta mereka ditolak dan tidak disukai oleh banyak pihak yang sememangnya berhati busuk.

hidup puteri menjadi huru-hara apabila berlaku insiden yang tidak diingini...namun kehadiran Megat Khalif di sisi menjadikan hidup Puteri lebih bersinar dan bahagia...

Mampukah Puteri bahagia hingga keakhir hayatnya bersama Khalif atau sebaliknya???

dapatkan novel ini...anda tidak akan kecewa!!!



review novel:

rating - 8/10

plot cerita - cerita ini plot die straight...pembaca tercari-cari di mana klimaks sebenar cerita ni.banyak part yang kita rasa klimaks.banyak part yang memang membuatkan pembaca rasa sesak nafas.hehehehe...tapi keseluruhan nya OK bila dia ada sedikit flashback di babak-babak akhir.

gaya bahasa - more to serious. tidak banyak bahasa bahasa orang muda sekarang digunakan...bahasanya lebih skema dan berbunga-bunga.bahasa sebegini menaikkan mood jiwang pada pembaca...tetapi kurang santai...

pembaca mengharapkan penulis dapat bagi detail tentang bandar-bandar seperti bandar Frankfurt kerana jika ada penceritaan yang lebih dalam dan detail, pembaca akan rasa keadaan tempat itu sendiri.

Dalam novel ini, macam terlalu banyak watak yang tidak dijelaskan sehingga akhir cerita..watak watak tu pun kadang kadang tak dilihat sebagai penting...


ok lah..rasanya ckup lah review pasal novel ni.hehehe...bnyk lgi novel akan di review akan datang.hehehe...

overall..i like this novel.and again, i will buy more karya seni novel memandangkan novel dia tidak mengecewakan hati.hehehe

1 comment:

Nurzahira said...

best btol ke nvel ni???akk pon teringin nk beli n baca..mcm menarik je

rezeki~

aku anak pahang!!