~nuff ads...klik la disini ye~

Showing posts with label novel review.... Show all posts
Showing posts with label novel review.... Show all posts

Saturday, 2 June 2012

review novel: Bulan di atas Champs Elysees

belum terlambat kot untuk buat review novel ni.


cerita macam ini lah yang memang i nak baca.kisah benar seorang perempuan Melayu Islam yang bercinta dengan seorang lelaki Perancis beragama Kristian.

Bertemu dengan Jean Paul di maya menjadi gerbang dia menelusuri ‘Parisku yang indah, Parisku yang romantis’... menaiki anak-anak tangga di Bukit Montmarte serta melihat pelukis-pelukis dan lukisan mereka yang indah; berjalan berpegang-pegangan tangan sewaktu musim bunga di Jardin Tuileries; menyaksikan pementasan teater Little Prince (Le Petit Prince) di L’Opera; melawat Musée D’Orsay yang penuh ukiran-ukiran cantik; melopong memandang lukisan Leonardo da Vincci – La Giaconde atau Mona Lisa di galeri; teruja dengan kedai-kedai berkelas di Rue de Rivoli; minum kopi café viennoise di café-cafécomel sambil makan roti pain au chocolat....

“Eva Hana, je t’aime, mon amour, pour toujours.” 

hati perempuan mana yang tidak cair bila hari-hari dengar lelaki cakap macam ni kan???i pon dah melebur takat lebur dah kalau dengan org sebut 'Cherie' kat i..hihi...

Review novel
i give 4.3 Stars for this Novel!!!

THANKS TO WRITER, EVA HANA sbb sudi menulis pengalaman hidup anda ke dalam novel.sememangnya bukan senang nak bercerita tentang kisah hidup peribadi.nak nak untuk bercerita dengan penuh emosi.tapi anda berjaya lakukan nya...anda telah membawa i sebagai pembaca ke dalam hidup watak eva itu.  walaupun novel ini dikategorikan sebagai novel yang nipis, tapi jalan ceritanya still boleh difahami walaupon agak cepat perkembangan plotnya.  scene novel ini yang banyak di Perancis sangat best!  setiap sudut di Paris telah ditulis dalam bentuk yang paling baik.  i can imagine all the places, since i was there.  i love Paris so much!!!gaya bahasa novel ini santai sahaja.tidak terlalu puitis namun masih terkesan di hati.
ceita anda memberi inspirasi kepada i...

memang betul lah cakap orang...bukan senang nak kahwin berlainan agama, adat dan bahasa ni.  hanya bila kita mempunyai iman yang cukup kuat je mampu nak kahwin dan bawak orang masuk agama Islam ni...it is not easy ok!!  dalam novel ni pada mulanya memang Eva tu terlalu lemah dengan pujuk rayu dan ayat ayat jiwang Jean Paul.  Eva kalah dengan cinta dan keindahan Paris...namun mujurlah dia seorang yang terpelajar membuatkan dia masih mempertahankan agama.  tapi sayang..cinta tak boleh di bawa kemana kalau agama menghalang...walapun cinta itu suci dan agama bukanlah faktor terbesar, mengikut pendapat Jean Paul..tapi sbg org Islam. Agama adalah sesuatu yang penting kerana agama adalah hidup seorang Muslim.  pelbagai dugaan berlaku di sepanjang percintaan mereka.  Jean Paul mengalah juga.  satu masalah selesai..tapi bagaimana dengan penerimaan keluarganya???sebuah keluarga yang sangta pentingkan agama kristian tidak mengalah.  sedaya upaya mereka akan memastikan Eva masuk agama mereka...owh..betapa beratnya dugaan percintaan kamu Eva...

"Dan dengan sedaya upaya, aku memegang kewarasan kerana aku bercinta!"

apakah nasib Eva Hana yang cinta mati terhadap Jean Paul?bahagiakah mereka dengan perkahwinan campur ini? anda perlulah baca novel ini.hihi...x rugi pon kalau membaca kan?

ok lah...i rasa novel ini sesuai untuk individu yang berhasrat untuk kahwin campur(macam i,insyaallah), yang sudah kahwin campur atau yang mengalami krisis bersama pasangan...ingatlah, dugaan ada di mana2.  Cinta dan agama memang tak dapat dipisahkan.believe me...

p/s-nowadays i see terlalu banyak pasangan Islam yang berkahwin campur tetapi telah mngikut gaya hidup pasangan yang bertentangan dengan Islam..Nauzubillah~  kembalilah kepada agama Islam yang suci murni ini.

Sunday, 11 March 2012

review novel: usai...aku terima nikahnya


sekali namamu kulafazkan,
hati tidak pernah terdetik untuk menyebut yang lain...

sebelum buat review ni, nk puji publisher karya seni yang mengeluarkan banyak novel-novel yang berkualiti dan best!!!

Sinopsis novel.

Seorang gadis berusia 19 tahun yang seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. nasib gadis ni berubah sekelip mata bila dia dijadikan seolah-olah barang dagangan yang membawa keuntungan kepada sesiapa yang memiliki. Puteri Nur Aina merupakan cucu kepada seorang hartawan yang memiliki harta yang banyak. Namun atas ketamakan, semua ahli keluarga menerima Puteri hanya kerana harta. dia dikahwinkan dengan sepupu sendiri iaitu Iskandar, kerana mereka juga tamakkan harta. Perkahwinan tanpa dasar cinta itu akhirnya membibitkan cinta juga apabila hati mereka telah terpaut. tidak lama bahagia mereka kecapi kerana cinta mereka ditolak dan tidak disukai oleh banyak pihak yang sememangnya berhati busuk.

hidup puteri menjadi huru-hara apabila berlaku insiden yang tidak diingini...namun kehadiran Megat Khalif di sisi menjadikan hidup Puteri lebih bersinar dan bahagia...

Mampukah Puteri bahagia hingga keakhir hayatnya bersama Khalif atau sebaliknya???

dapatkan novel ini...anda tidak akan kecewa!!!



review novel:

rating - 8/10

plot cerita - cerita ini plot die straight...pembaca tercari-cari di mana klimaks sebenar cerita ni.banyak part yang kita rasa klimaks.banyak part yang memang membuatkan pembaca rasa sesak nafas.hehehehe...tapi keseluruhan nya OK bila dia ada sedikit flashback di babak-babak akhir.

gaya bahasa - more to serious. tidak banyak bahasa bahasa orang muda sekarang digunakan...bahasanya lebih skema dan berbunga-bunga.bahasa sebegini menaikkan mood jiwang pada pembaca...tetapi kurang santai...

pembaca mengharapkan penulis dapat bagi detail tentang bandar-bandar seperti bandar Frankfurt kerana jika ada penceritaan yang lebih dalam dan detail, pembaca akan rasa keadaan tempat itu sendiri.

Dalam novel ini, macam terlalu banyak watak yang tidak dijelaskan sehingga akhir cerita..watak watak tu pun kadang kadang tak dilihat sebagai penting...


ok lah..rasanya ckup lah review pasal novel ni.hehehe...bnyk lgi novel akan di review akan datang.hehehe...

overall..i like this novel.and again, i will buy more karya seni novel memandangkan novel dia tidak mengecewakan hati.hehehe

Monday, 27 February 2012

Ros biru untuk si dia: a review and synopsis.


bersyukur dengan rahmat dan rezeki dari Allah sebab dapat sebuah novel yang ditulis oleh seorang penulis muda iaitu Ijazati Habib.

i am lucky no. 6 to get this book for free and complete withe her signature.thank you so much!

actually,i'm not good in giving review.but i'll try~

Rosas azules para ti adalah tranlate dari ros biru untuk kamu dalam bahasa spanish.

sinopsis:

mengisahkan tentang seorang arkitek muda yang bekerja di sebuah firma seorang dato' yang baik. namun setelah firma itu bertukar tangan kepada anak dato' tersebut, berlakulah beberapa insiden yang tidak dirancang.setelah berlakunya peristiwa itu, Lyanna telah dipaksa untuk melakukan sesuatu tanpa relanya. Dalam masa yang sama, dia telah diduga dengan macam macam dugaan sehingga menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan.

percintaan dengan tunangnya Adam tidak kesampaian. namun dia tidak pernah memadamkan cintanya terhadap lelaki itu. disebabkan cemburu buta, manusia yang baik boleh berubah menjadi syaitan.begitulah yang terjadi kepada Fakhrul. Lyanna sangat tabah menjalani kehidupan, walaupun dia tiada tempat bergantung,namun masih ramai lagi yang mengasihi dan mengasihani dia...

apakah yang terjadi kepada kisah hidup Lyanna, Adam dan Fakhrul...masihkah ada ruang untuk Fakhrul dihati Lyanna? Dapatkah Lyanna melupakan Adam? Redhakah Adam dalam melepaskan Lyanna?


heheehehe...untuk yang dah lama tak exercise mata dengan menangis, bacalah novel ni sampai abes k??!!it's worth your tears.haha.



Review:

8.5/10

1) plot cerita yang menarik. walaupun pada mulanya pembaca dapat mengagak ending cerita ni,tapi bila dah sampai tengah2,pembaca makin keliru dan surprise dgn cerita ni. banyak flashback yang membuat pembaca tersenyum bahagia. lepas tu klimaks cerita ni sampai agak lambat. tak sempat rasa bahagia tu lama2.

2)Gaya bahasa terlalu santai menyebabkan kadang kadang me as reader rasa janggal.ada ke orang fikir macam ni?so, next tym kalau boleh monolog tu bagi realistik.baru rasa dekat dengan pembaca. but overall banyak words2 yang sesuai digunakan.bila baca novel ni, rasa dekat sangat dengan watak2nya.

3)Lirik lagu sangat berkesan di hati...kenanya lagu tu dgn situasi.

4)Penulis banyak guna suasana Oversea.lepas tu dia punya description tu sangat tepat membolehkan pembaca rasa pembaca berada di tempat itu...btw:Were u there Ijazati? i love Al-Hambra.bila baca pasal tu,memang bestlah baca.

5)Novel ni best sebab penulis bagi detail pasal pekerjaan arkitek, cross stitch dan macam2 lah.hehehe.well done!


ehhh...bnyk plak komen nya.

yang penting novel ni best walaupun penulisnya baru.bukan semua penulis lama tu best dan bukan semua penulis baru tu tak berkualiti...sila ubah persepsi k~


p/s- this is not a good review.tapi silalah baca buku ni~memang best!tak tipu.

Wednesday, 5 January 2011

Bumi Cinta Review and Synopsis



alhamdulillah.akhirnya diberi peluang utk habiskan novel Bumi Cinta hasil tulisan Habiburrahman el Shirazy.penulis novel yang ulung di Indonesia.novel ini adalah novel terbaru nya.dibeli pada 28hb disember di Jakarta ,Indonesia dengan harga Rp 60,000.hehehe.wpon begitu,masih untung lg.sbb kt MPH aritu tgok harga die RM 25..beza tu.

novel ke -3 bulan disember.hehehe...


Watak Utama

Muhammad Ayyas : pemuda Indonesia yang sedang buat tesis berkenaan dengan Rusia.Pernah tinggal di Mesir dan India.seorang yang warak dan sangat mnjaga imannya.

Yelena : wanita Rusia yang cantik.pernah memeluk Agama Islam.pelacur kelas atasan.nyawanya diselamatkan oleh Ayyas.berhubungan baik dengan Ayyas.

Linor : seorang perempuan yang cantik tetapi dingin dan bersikap pelik.pandai bermain muzik.bekerja sebagai perisik Yahudi.berdarah Palestina.

Anastasia Pallazo : seorang professor muda yang anggun.menyimpan hati kepada Ayyas.sangat berdedikasi dan profesional dalam pekerjaan.

Devid : rakan Ayyas semasa diSMP.sudah lama tinggal di Rusia.menjalankan kehidupan bebas seperti orang Rusia.sangat membantu Ayyas.

sinopsis

apa yang akan terjadi jika seorang lelaki yang menjaga kesuciannya iaitu Ayyas ,hidup di negara paling tinggi kadar seks bebas dan pornografi ,Rusia?berjayakah Ayyas menjaga keimanan dan kehormatannya setelah tinggal dalam kalangan wanita-wanita cantik Russia?

Ayyas sudah memejamkan matanya .dia mahu segera tidur tapi bayangan Yelena dan Anastasia sentiasa menari-nari di kelopak matanya.darah muda Ayyas terus menghangat.walaupun begitu ayyas tetap berusaha untuk menepis segala bayangan itu.sesungguhnya ia amat sukar dilakukan kerana ia menjadi umpama virus yang tidak dapat dipadam atau dihilangkan.ayyas merasakan bahawa ujian ini adalah lebih berat dari ujian menempuhi musim sejuk yang sangat dingin.

kesejukan dapat dihilangkan apabila memasuki rumah yang panas,tetapi virus yelena dan anastasia memang ampuh untuk dihilangkan.meskipun dengan Solat dan membaca Al-Quran,namun semuanya tidak juga hilang.

ayyas sentiasa mengingati pesan pak kiai Lukman Hakim yang menyatakan "Kecantikan wanita itu yang menyebabkan satria agung terbatal pertapaannya."

dengan berpegang kepada ayat inilah Ayyas mampu menjaga keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah walaupun sering datang godaan yang bisa meruntuhkan segala benteng iman manusia~

untuk mendapatkan kisah lebih lanjut,sila beli atau pinjam Bumi Cinta ni.sangat bernilai utk dibaca.

rating

8/10


rezeki~

aku anak pahang!!