~nuff ads...klik la disini ye~

Wednesday, 5 January 2011

Bumi Cinta Review and Synopsis



alhamdulillah.akhirnya diberi peluang utk habiskan novel Bumi Cinta hasil tulisan Habiburrahman el Shirazy.penulis novel yang ulung di Indonesia.novel ini adalah novel terbaru nya.dibeli pada 28hb disember di Jakarta ,Indonesia dengan harga Rp 60,000.hehehe.wpon begitu,masih untung lg.sbb kt MPH aritu tgok harga die RM 25..beza tu.

novel ke -3 bulan disember.hehehe...


Watak Utama

Muhammad Ayyas : pemuda Indonesia yang sedang buat tesis berkenaan dengan Rusia.Pernah tinggal di Mesir dan India.seorang yang warak dan sangat mnjaga imannya.

Yelena : wanita Rusia yang cantik.pernah memeluk Agama Islam.pelacur kelas atasan.nyawanya diselamatkan oleh Ayyas.berhubungan baik dengan Ayyas.

Linor : seorang perempuan yang cantik tetapi dingin dan bersikap pelik.pandai bermain muzik.bekerja sebagai perisik Yahudi.berdarah Palestina.

Anastasia Pallazo : seorang professor muda yang anggun.menyimpan hati kepada Ayyas.sangat berdedikasi dan profesional dalam pekerjaan.

Devid : rakan Ayyas semasa diSMP.sudah lama tinggal di Rusia.menjalankan kehidupan bebas seperti orang Rusia.sangat membantu Ayyas.

sinopsis

apa yang akan terjadi jika seorang lelaki yang menjaga kesuciannya iaitu Ayyas ,hidup di negara paling tinggi kadar seks bebas dan pornografi ,Rusia?berjayakah Ayyas menjaga keimanan dan kehormatannya setelah tinggal dalam kalangan wanita-wanita cantik Russia?

Ayyas sudah memejamkan matanya .dia mahu segera tidur tapi bayangan Yelena dan Anastasia sentiasa menari-nari di kelopak matanya.darah muda Ayyas terus menghangat.walaupun begitu ayyas tetap berusaha untuk menepis segala bayangan itu.sesungguhnya ia amat sukar dilakukan kerana ia menjadi umpama virus yang tidak dapat dipadam atau dihilangkan.ayyas merasakan bahawa ujian ini adalah lebih berat dari ujian menempuhi musim sejuk yang sangat dingin.

kesejukan dapat dihilangkan apabila memasuki rumah yang panas,tetapi virus yelena dan anastasia memang ampuh untuk dihilangkan.meskipun dengan Solat dan membaca Al-Quran,namun semuanya tidak juga hilang.

ayyas sentiasa mengingati pesan pak kiai Lukman Hakim yang menyatakan "Kecantikan wanita itu yang menyebabkan satria agung terbatal pertapaannya."

dengan berpegang kepada ayat inilah Ayyas mampu menjaga keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah walaupun sering datang godaan yang bisa meruntuhkan segala benteng iman manusia~

untuk mendapatkan kisah lebih lanjut,sila beli atau pinjam Bumi Cinta ni.sangat bernilai utk dibaca.

rating

8/10


No comments:

rezeki~

aku anak pahang!!