~nuff ads...klik la disini ye~

Thursday 24 May 2012

Ameera Slot Samarinda TV3 dan OST


Drama terbaru lakonan pelakon hebat seperti Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. drama ini ditayangkan di TV3 pada setiap hari selasa dan rabu jam 10.30 malam dan pada hari khamis jam 9.30 malam. kalau terlepas menontonnya, atau tertidur awal ke, boleh tgok kat sni... ameera @tonton .



sinopsis




AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer. Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

scene lepas mummy Ameer suruh Ameer kawen dgn Marisha.

Komen serta Review



drama ini bertemakan "demi zuriat perjanjian dimeterai"...bila kita baca je line tu tentu kita dapat bayangkan kisah bagaimanakah yang akan di paparkan dalam drama ni...kalau baca dari sinopsis ni pon macam pernah tengok je kan.drama ni macam ada ambil idea dari filem hindustan CHORI CHORI CHUPKE CHUPKE...kan??siapa ada tengok?tapi baru tengok satu episod je...nantikan episod2 akan datang k.kalau ye, xpe la.idea je sama.lakonan mantap dari pelakon2 malaysia pon apa kurangnya.mesti cerita ni jadi cerita yang hebat jugak nnti. dan jalan cerita macam ini pernah jugak ada dekat TV9..tajuk dia zuriat..pelakon kalau tak silap Fouziah Gous dan Dira Abu Zahar...hopefully cerita akan jadi cerita yg best sebab......

OST dia best!!lagu MOJO Andai Ku Bercinta Lagi~ klik link utk tgok...serius best!

No comments:

rezeki~

aku anak pahang!!